Snow

Snow

Sunday 30 September 2012

:: Laut Mati ::

  • Laut Mati juga dikenali sebagai Laut Garam. Laut mati ini terlatak antara Israel dan tebing barat di barat dan Jordan di sebelah timur. Laut Mati adalah 1385 kaki di bawah paras laut  
  •  Dikatakan juga bahawa pantai tasik garam adalah titik terendah di seluruh permukaan bumi. Tasik garam ini adalah 1240 kaki dalam, yang menjadikan ia tasik terdalam paling masin di dunia. Jumlah kemasinan laut adalah 33.7 peratus. Ia adalah diketahui bahawa laut ini adalah lapan kali lebih masin daripada lautan biasa. 
  • Laut Mati adalah 67 kilometer panjang dan 18 kilometer lebar. Sungai utama di laut ini ialah Sungai Jordan kerana ia terletak di Lembah Rift Jordan.

Laut Mati

  • Pelancong dari seluruh dunia tertarik untuk datang ke Laut Mati, terutamanya orang-orang yang datang dari kawasan Mediterranean. Sejak beribu tahun, pengunjung telah datang dan sanggup membayar untuk melawat Laut Mati. Pada masa dahulu, tempat ini merupakan tempat kem pelarian untuk 'King David. Laut Mati juga dianggap sebagai resort kesihatan yang pertama di dunia kerana ia membekalkan pelbagai khasiat kalium dan pelembap. Selain itu, garam dari laut digunakan untuk membut paket kosmetik dan herba.

Bersantai di atas permukaan laut



  • Laut Mati adalah kawasan yang tidak tercemar dan kering sepanjang tahun. Tempat ini kini telah menjadi terkenal kerana banyak terapi yang ditawarkan di sini. Sesetengah daripadanya adalah Climatotherapy, Heliotherapy (eksploitasi radiasi matahari) dan Thalassotherapy (yang bermakna mandi di air laut.)

 Peta Laut Mati

No comments:

Post a Comment