Snow

Snow

Monday 17 September 2012

::Tangkuban Perahu::

  • Pasti ramai yang tidak pernah mendengar tentang Tangkuban Perahu. Saya juga hanya mengetahui tentang tempat ini semasa saya dan rakan rakan mengunjungi Negara jiran kita Indonesia di Bandung tempoh hari.
  • Tujuan saya dan rakan-rakan pergi ke Bandung sebenarnya hanyalah untuk membeli belah kerana kita tidak bergitu mengharapkan untuk pergi ‘bercuti’ di sana melainkan membeli belah! Di Bandung terdapat banyak Factory Outlet untuk dilawati (untuk menghabiskan duit sebenarnya..).
 Salah satu Factory outlet di Bandung
  • Saya dan rakan-rakan diperkenalkan tentang tempat ini oleh ‘Supir’ kami di sana. Kebetulan kami mempunyai lebihan masa di sana kerana telah habis membeli belah sakan di sana. Oleh sebab itu kami bercadang untuk pergi ke Tangkuban Perahu oleh kerana jaraknya yang tidak begitu jauh dari hotel kami menginap iaitu lebih kurang 20-30 km dari bandar.
  • Tempat itu sebenanrnya adalah sebuah gunung berapi pendam, yang mana ianya tidak akan meletus lagi. Kali terakhir ia meletus ialah pada tahun 1983. 
  • Tangkuban Perahu bermaksud sebuah perahu yang tertangkupkan atau diterbalikkan. Bentuknya yang seperti perahu yang ditertangkupkan membuatkan ia dinamakan Tangkuban Perahu. Ia juga dikaitkan dengan Lagenda Sangkuriang yang popular di sana. Saya tidak akan bercerita tentang Lagenda tersebut kerana saya sudah tidak ingat.. Setibanya di sana, anda dapat menikmati keindahan ciptaan Allah. 
  • Cuaca agak sejuk dan berangin di sana. saya harus mengingatkan anda, jika anda ingin turun ke kaki gunung berapi, sila pastikan anda membawa wang yang lebih dan tidak ditipu. Anda hanya dibenarkan untuk turun ke kaki gunung berapi pendam tersebut jika hanya ditemani pemandu pelancong yang telah diberikan permit untuk membawa anda turun di sana.
Tangkuban Perahu
  • Perjalanan untuk turun ke bawah menambil masa lebih kurang 30-45 minit. Pemandu pelancong tersebut akan berceritakan tentang Lagenda Sangkuriang tersebut yang dikaitkan tentang Tangkuban Perahu ini. Laluan untuk turun tersebut amat cantik. 
  • Kelihatan pokok-pokok yang segar kerana tanah abu lahar berapi di sana. Sepanjang turun ke bawah, 2 orang penduduk tempatan juga akan menemani anda. Mereka akan cuba menjual cenderamata kepada anda.
  •  Jika anda tidak berniat untuk membeli, tolaklah dengan baik. Tetapi awas!, mereka akan mengikut dan memujuk anda untuk membeli sehingga anda pulang. Terdapat juga orang menjual abu lahar gunung berapi di situ. Penjualnya mendakwa ia dapat mengubat penyakit kulit.

Laluan turun ke kaki gunung

  • Setibanya di bawah, anda dapat melihat asap keluar melalu celah-celah batu dan air di sana. Terasa bahang juga di sana. Ia adalah pengalaman yang menarik juga. Anda juga akan diurut di bahagian kaki semasa di situ. Kaki anda akan dilumurkan dengan abu tersebut semasa proses mengurut. Ini adalah salah satu tempat menarik untuk dilawati jika anda ke Bandung untuk membeli belah.

p/s: gambar adalah ikhsan Google.. saya tak sempat upload daripada kamera..

No comments:

Post a Comment