Snow

Snow

Friday 7 September 2012

::"The Door to Hell"::

 Kisah Pendek 

 Kisah ini berlainan sedikit. Hanya untuk pengetahuan apa yang terjadi di serata dunia. Jom baca...

Tanah Derweze adalah sebuah perkampungan di Turkmenistan kira-kira 350 penduduk, terletak di tengah-tengah Gurun Karakum, kira-kira 260 km ke utara dari Ashgabat.

Di Turmenistan,  ada kawasan perkampungan yang mempunyai kira-kira 350 penduduk yang dikenali Tanah Derweze. Mereka kebanyakannya dari Puak Teke yang mengamalkan gaya hidup secara nomad. 

Kawasan Derweze adalah kaya dengan gas asli. Pada tahun 1971, ahli geologi Soviet telah ke sana untuk meneroka tanah bagi kerja-kerja mencari gas asli. Semasa kerja-kerja menggerudi dijalankan, tanpa dijangka tanah itu telah runtuh seluas ber
diameter 70 meter (230 kaki) dan melepaskan gas beracun yang merbahaya. Ahli geologi Soviet telah membakar untuk mematikan gas tersebut. Bahan api ini hidup selama 39 tahun.

Dari jauh tanah derweze kelihatan bercahaya. Penduduk Derweze menggelarkan gua ini "Pintu ke Neraka". Ini menarik minat pelancongan seluruh di serata dunia ke sana.

Lubang bahan api ini telah ditutup pada tahun April 2010 dan dengan ini berakhirlah kisah "Pintu ke Neraka".


   
Inilah gambarnya...

"The Door to Hell"

No comments:

Post a Comment