Snow

Snow

Wednesday 26 September 2012

:: Legoland Malaysia ::



Tidak lengkap rasanya jika saya tidak menyelitkan tempat menarik di Malaysia. Baru-baru ini, pada 15 September 2012, Taman Lego telah dibuka kepada orang ramai. Bangunannya berkonsepkan lego menampilkan tujuh tema khas iaitu 'Lego kingdom', 'Imagination', 'Land of adventure', 'Lego technic', 'The beginning', 'Lego city'dan 'Miniland'. Taman-taman itu direka khas bagi keluarga yang mempunyai kanak-kanak berusia dari dua hingga 12 tahun. Ia terletak di Iskandar, Johor dan merupakan projek taman tema terbesar di Malaysia dan pertama di Asia dan tempat keenam di dunia selepas dibuka di Denmark, England, Germany dan 2 di Amerika Syarikat. Dibina dengan keluasan 31 hektar  dan jumlah kos sebanyak RM720 juta.

Ibu bapa bolehlah bawa anak-anak ke taman terutama pada musim cuti sekolah menjelang tiba ini. Sebelum ke sana, anda boleh lah layari http://www.legoland.com.my bagi tempahan online. Lebih mudah dan cepat.  Jika anda membuat tempahan online lebih awal harga tiket menjadi lebih rendah.Harga tiket adalah berbeza mengikut umur. Bila ada kelapangan masa nanti, saya pasti tidak melepaskan peluang ke sana......;)


Ticket Reg. price Online (7-Days Advance Booking)
1-Day Ticket Adult (12-59) RM 140 RM 105
1-Day Ticket Child (3-11) RM 110 RM 75
1-Day Ticket Senior (60+) RM 110
RM 75















No comments:

Post a Comment